• このエントリーをはてなブックマークに追加

Pengenalan

Cerita terkenal 'Sailormoon', yang telah menangkap imaginasi dan hati kanak-kanak perempuan... kini kembali, selepas 20 puluh tahun!

Ianya bagaikan saat sebuah kotak muzik yang telah dibuka, gear takdir watak utama 'Usagi Tsukino' mula bergerak… Dengan cahaya bulan sebagai penunjuk jalan, cerita ini adalah dramatik... menyedihkan dan indah. 'Sailormoon' mula diserialisasikan di majalah bulanan 'Nakayoshi' terbitan Kondansha pada tahun 1992. Karya asli 'Sailormoon' telah diterjemahkan kepada 17 bahasa, dan siri animasinya telah menyebabkan fenomena sosial di mana ia telah ditayangkan di lebih daripada 40 negara. Dan itulah sebabnya, pada ulang tahun ke-20 'Sailormoon' telah tiba masa untuk menggunakan teknologi video terkini, dengan adanya keghairahan yang telah terpendam selama 20 tahun, untuk kembali kepada asal-usul dan menggambarkan tarikan kesuluruhan karya asal 'Sailormoon'... Itulah misi siri animasi 'Sailormoon Kristal'. Kami bawakan kepada semua yang telah memberikan yang terbaik, cara hidup 'Usagi Tsukino' yang sangat berani dan tabah menjalani kehidupan sebagai seorang srikandi Sailor dan sebagai seorang gadis.

Cerita

'Tsukino Usagi' seorang gadis tingkatan 2 yang sedikit cemerkap dan mudah menangis, tetapi penuh bertenaga. Pada suatu hari, dia telah berjumpa dengan seekor kucing bertanda bulan sabit di dahinya, dan telah bertukar menjadi 'Sailormoon', srikandi gadis pejuang cinta dan keadilan. Sebagai seorang yang dipilih sebagai seorang pejuang keadilan, Usagi telah diberi misi untuk mencari rakan-rakan srikandi yang lain dan kristal perak khayalan serta melindungi Puteri. Sementara itu, Ratu Kerajaan Gelap 'Ratu Beryl', dengan keinginan untuk mendapatkan kristal perak khayalan yang amat berkuasa, telah menghantar orang suruhannya ke bandar Usagi dan menyebabkan kejadian-kejadian yang pelik... Oleh itu, berjayakah Sailormoon menjumpai srikandi Sailor yang lain dan bersama-sama menjumpai kristal perak khayalan, serta melindungi Puteri...?

Watak

Usagi Tsukino/Sailor Moon
Watak utama kisah ini, seorang gadis tingkatan dua yang sedikit cemerkap dan mudah menangis. Terkenal dengan dua sanggulnya. Berkeperibadian ceria dan murni, dia boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Sebagai seorang srikandi Sailor, dia mendapat perlindungan kuasa cakerawala daripada Bulan.

Ami Mizuno/Sailor Mercury
Gadis genius yang mempunyai !Q yang mencecah 300. Dia sentiasa belajar demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Dia berfungsi sebagai 'otak' di kalangan srikandi Sailor. Dia mendapat perlindungan kuasa cakerawala daripada planet Utarid, srikandi Pintar. Dia menggunakan kuasa Air.

Rei Hino/Sailor Mars
Gadis yang mempunyai deria kerohanian yang peka, biasanya dia adalah seorang gadis kuil, membantu datuknya, seorang paderi Shinto. Dia masih mempunyai kuasa kerohanian untuk mengesan bahaya walaupun selepas menjadi srikandi Sailor. Dia mendapat perlindungan kuasa cakerawala daripada planet Marikh, srikandi Pejuang. Dia menggunakan kuasa Api.

Makoto Kino/Sailor Jupiter
Gadis tinggi yang mempunyai kekuatan luar biasa. Cara tuturnya bagaikan lelaki, tetapi dia seorang gadis yang senang jatuh cinta dengan lelaki. Dia masih menggunakan teknik kekuatan luar biasa dan walaupun telah bertukar menjadi srikandi Sailor . Dia mendapat perlindungan kuasa cakerawala daripada planet Musytari, srikandi Pelindung. Dia menggunakan kuasa Halilintar.

Minako Aino/Sailor Venus
Dia aktif sebagai srikandi Sailor sebelum srikandi-srikandi lain sedar akan kuasa mereka. Merupakan ketua 4 orang srikandi yang lain, tetapi sebenarnya ada lah seorang gadis yang cemerkap dan gemar trend-trend terkini. Dia mendapat perlindungan kuasa cakerawala daripada planet Zuhrah, srikandi Cinta. Dia menggunakan kuasa Cahaya.

Staf

Pengarah:MUNEHISA SAKAI
Penyunting:YUJI KOBAYASHI
Pereka Watak:YUKIE SAKOU
Pengarah:TAKASHI KURAHASHI
Pengarah:YUMI HOSAKA
Pereka Warna:TSUJITA KUNIO
Pereka Warna:KOBIKI TOMOKO
Pengarah Penggambaran:OGIWARA TAKEO
Musik:YASUHARU TAKANASHI

Pelakon Suara

KOTONO MITSUISHI
HISAKO KANEMOTO
RINA SATO
AMI KOSHIMIZU
SHIZUKA ITO
RYO HIROHASHI
KENJI NOJIMA