Usagi Tsukino/Sailor Moon
Watak utama kisah ini, seorang gadis tingkatan dua yang sedikit cemerkap dan mudah menangis. Terkenal dengan dua sanggulnya. Berkeperibadian ceria dan murni, dia boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Sebagai seorang srikandi Sailor, dia mendapat perlindungan kuasa cakerawala daripada Bulan.
Ami Mizuno/Sailor Mercury
Gadis genius yang mempunyai !Q yang mencecah 300. Dia sentiasa belajar demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Dia berfungsi sebagai 'otak' di kalangan srikandi Sailor. Dia mendapat perlindungan kuasa cakerawala daripada planet Utarid, srikandi Pintar. Dia menggunakan kuasa Air.
Rei Hino/Sailor Mars
Gadis yang mempunyai deria kerohanian yang peka, biasanya dia adalah seorang gadis kuil, membantu datuknya, seorang paderi Shinto. Dia masih mempunyai kuasa kerohanian untuk mengesan bahaya walaupun selepas menjadi srikandi Sailor. Dia mendapat perlindungan kuasa cakerawala daripada planet Marikh, srikandi Pejuang. Dia menggunakan kuasa Api.
Makoto Kino/Sailor Jupiter
Gadis tinggi yang mempunyai kekuatan luar biasa. Cara tuturnya bagaikan lelaki, tetapi dia seorang gadis yang senang jatuh cinta dengan lelaki. Dia masih menggunakan teknik kekuatan luar biasa dan walaupun telah bertukar menjadi srikandi Sailor . Dia mendapat perlindungan kuasa cakerawala daripada planet Musytari, srikandi Pelindung. Dia menggunakan kuasa Halilintar.
Minako Aino/Sailor Venus
Dia aktif sebagai srikandi Sailor sebelum srikandi-srikandi lain sedar akan kuasa mereka. Merupakan ketua 4 orang srikandi yang lain, tetapi sebenarnya ada lah seorang gadis yang cemerkap dan gemar trend-trend terkini. Dia mendapat perlindungan kuasa cakerawala daripada planet Zuhrah, srikandi Cinta. Dia menggunakan kuasa Cahaya.